Social Icons

Ditangkap Sebelum Sempat Memuaskan Nafsu Dengan Mayat

 
Seorang lelaki yang cuba berasmara dengan mayat selepas menggali kuburnya ditahan apabila tertidur dalam keranda bersama mayat itu.

Polis Kemboja semalam mengesahkan penahanan lelaki berusia 47 tahun itu yang dikenali sebagai Chin Chean.

Dia ditahan apabila penduduk kampung melihat kakinya terjulur keluar dari kubur seorang remaja perempuan. Penduduk kemudian memaklumkan perkara berkenaan kepada keluarga remaja itu. Chin memberitahu polis, dia mula menggali kubur itu pada jam 10 malam, sehari selepas dia menghadiri acara pengebumian remaja perempuan berusia 17 tahun itu.

Akhbar Cambodia Daily melaporkan Chin mengakui dia cuba be ras ma ra dengan mayat remaja itu, tetapi disebabkan kerandanya terlalu kecil menyebabkan dia tidak dapat berbuat demikian. Dia kemudian tertidur di atas mayat remaja itu.

“Penduduk melihat kakinya terjulur keluar dari kubur kira-kira jam 6 pagi sebelum memaklumkan kepada keluarga terbabit,” kata Keo Vutha, ketua polis kampung an Prey Poun, yang terletak 190 kilometer ke tenggara Phnom Penh. “Kami tidak pasti sama ada dia mengenali remaja itu ketika mangsa masih hidup,” katanya. – Agensi

Paus kelabu kembar siam ditemui terdampar di Mexico


SEEKOR ikan paus kelabu kembar siam atau berkepala dua ditemui mati di Laguna Ojo de Liebre, Mexico.

Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin.

Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier berkata, anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala.

“Ia dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran. Paus itu hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National Geographic.

Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui terutamanya ketika musim mengawan.
 
 

Tak Mampu Bayar DENDA, Seorang Wanita Dirogol 12 Lelaki



KOLKATA - Seramai 12 lelaki bertindak kejam apabila merogol seorang wanita selepas menerima arahan daripada Majlis Kampung sebagai hukuman kerana berlaku sumbang.

Polis, C Sudhakar berkata kepada AP, hukuman itu dilakukan di kawasan kampung di Benggala Barat, India selepas gadis berusia 20 tahun itu disabit kesalahan kerana ditemui bersama lelaki berlainan agama.

"Kejadian itu terbongkar selepas ibu bapa wanita berkenaan memaklumkan, mereka tidak mampu membayar denda 25,000 rupee (RM 1,300) yang dikenakan berhubung kesalahan itu," katanya.

Doktor buang ketumbuhan 36 kilogram

KEADAAN pesakit wanita sebelum doktor membuang ketumbuhan seberat 36 kilogram dalam perutnya.

Prague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.

Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan.

Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.

Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.

Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.


“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. - Agensi
 

Gambar 2 kereta Kemalangan Ketika Berebut Masuk Tol


Gambar yang dikongsikan di Facebook menunjukkan 2 buah kereta yang dikatakan berebut ketika mahu masuk ke lorong tol telah mengalami kemalangan.

Kemalangan di atas adalah salah satu contoh sikap segelintir rakyat Malaysia yang sukar diubah apabila memandu di jalan raya.

Bersabar kan lagi bagus dari tabiat tukar line tanpa bagi signal, memandu secara merbahaya, memotong di lorong kecemasan dan pelbagai lagi. Yang bestnya bila dah kemalanagan, masing-masing bertekak tidak mahu mengaku salah dan cari salah orang lain.

Sumber: Buletin-Terkini-Online

Ikan Arapaima Diburu Dengan Kejam

Ikan Arapaima, spesies ikan air tawar terbesar di Sungai Amazon ini hanya boleh diburu sekali sahaja dalam setahun.  Para nelayan dari Pulau Rumao memikul hasil tangkapan ikan Arapaima dari Sungai Solimoes, salah satu anak sungai utama dari Sungai Amazon berhampiran Mamiraua, Fonte Boa, Brazil.

Namun, cara mereka memburu ikan-ikan bersaiz besar ini agak kejam.  Ikan arapaima yang hanya boleh ditemui pada beberapa lokasi sahaja di dunia ini dikhuatiri pupus jika perburuannya tidak dikawal dengan baik di Brazil.

 Ikan arapaima yang berjaya ditangkap

Penduduk nelayan di Porto Novo bertungkus-lumus menangkap ikan Arapaima berukuran besar di Sungai Solimoes, Amazon.  Berikut ini dipaparkan cara bagaimana ikan arapaima diburu dan dibunuh dengan kejam.

 Ikan tersebut dipukul dengan kayu bertubi-tubi

Setelah ikan arapaima ditangkap secara menjala dengan jala yang besar, ikan tersebut akan dipukul dengan kuat agar lemah sebelum ditarik naik ke atas sampan-sampan nelayan.

 Air terpercik tinggi kerana pukulan yang kuat pada ikan

Para nelayan membawa hasil tangkapan ikan Arapaima di Sungai Solimoes, Amazon. Ikan ini merupakan spesies ikan air tawar terbesar di Sungai Amazon, panjang ikan ini boleh  mencapai 3 meter.  Ukuran minima ikan ini yang sesuai diburu adalah sekitar 1.5 meter.


Berbangga dengan hasil tangkapan mereka

Seterusnya, ikan-ikan arapaima yang ditangkap itu akan dikumpulkan sebelum dibawa ke tempat pemotongan untuk dibersihkan oleh penduduk kampung.

 Deretan ikan yang ditangkap para nelayan

 Kaum wanita bertungkus lumus membersihkan perut ikan

Penduduk desa Sao Raimundo do Jaraua memotong dan membersihkan isi perut ikan Arapaima.  Mereka menjual isi ikan tersebut dan ada juga dimasak untuk dihidangkan kepada keluarga.
Meskipun ikan tersebut halal dimakan namun cara perburuan yang kejam seperti itu tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana manusia pun.  Fikir-fikirkan…

Sumber: Bicarasantai

Jemur Anjing Di Ampaian

Di Filipina, seorang pemuda, Jerzon Senador dari sini bakal berdepan dakwaan melakukan kekejaman pada haiwan selepas dia menyidai seekor anak anjing pada penyidai pakaian.
Senador menggunakan beberapa penyepit pakaian untuk menyidai haiwan itu sebelum dia merakamkan beberapa gambar anak anjing tersebut. Dia kemudian menyiarkan beberapa gambar haiwan itu yang disepit pada penyidai pakaian di laman Facebook baru-baru ini.
Namun, pemuda tersebut meminta maaf selepas pengguna-pengguna Facebook menyuarakan kemarahan mereka. Senador menyatakan dia melakukan perbuatan itu setelah diselubungi kebosanan. Lebih 3,000 pengguna laman itu menyertai kempen bagi meminta Senador dihukum ekoran perbuatan tersebut. Persatuan Kebajikan Haiwan Filipina telah melancarkan siasatan berhubung kejadian itu. - Agensi