Social Icons

Paus kelabu kembar siam ditemui terdampar di Mexico


SEEKOR ikan paus kelabu kembar siam atau berkepala dua ditemui mati di Laguna Ojo de Liebre, Mexico.

Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin.

Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier berkata, anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala.

“Ia dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran. Paus itu hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National Geographic.

Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui terutamanya ketika musim mengawan.
 
 

Tak Mampu Bayar DENDA, Seorang Wanita Dirogol 12 Lelaki



KOLKATA - Seramai 12 lelaki bertindak kejam apabila merogol seorang wanita selepas menerima arahan daripada Majlis Kampung sebagai hukuman kerana berlaku sumbang.

Polis, C Sudhakar berkata kepada AP, hukuman itu dilakukan di kawasan kampung di Benggala Barat, India selepas gadis berusia 20 tahun itu disabit kesalahan kerana ditemui bersama lelaki berlainan agama.

"Kejadian itu terbongkar selepas ibu bapa wanita berkenaan memaklumkan, mereka tidak mampu membayar denda 25,000 rupee (RM 1,300) yang dikenakan berhubung kesalahan itu," katanya.

Doktor buang ketumbuhan 36 kilogram

KEADAAN pesakit wanita sebelum doktor membuang ketumbuhan seberat 36 kilogram dalam perutnya.

Prague: Ketumbuhan seberat 36 kilogram berjaya dibuang dari dalam perut seorang wanita selepas ia membsar selama beberapa tahun.

Ketumbuhan itu menjadi besar kerana pesakit berusia 47 tahun itu terlalu takut untuk mendapatkan rawatan.

Sekumpulan pakar bedah di bandar Zlin berjaya membuang ketumbuhan itu dalam pembedahan tujuh jam.

Tanpa ketumbuhan berkenaan, berat badan wanita terbabit turun mendadak daripada 66 kilogram kepada 51 kilogram.

Ketua jabatan obstetrik dan ginekologi di Hospital Zlin, Zdenek Adamik berkata, agak pelik apabila keluarga dan rakan wanita terbabit tidak menyedari apa yang berlaku padanya.


“Ketumbuhan itu menyebabkan dia terlantar di katil dan tidak mampu menjalani kehidupan normal,” katanya.

Tidak dapat dipastikan sama ada dia akan sembuh dengan cepat selepas pembedahan. - Agensi